Tip Memakai
Suspenders..!
Suspenders sangat
sinonim dengan fesyen lelaki. Namun tiada pula disebut dalam undang-undang
fesyen ia tidak boleh digayakan oleh wanita. Mungkin ada yang kurang selesa
hendak menggayakannya. Hehehe.. tak salah di sisi undang-undang lah. So, jom
try.!
Gaya Formal
Mudah nak gayakan dengan
gaya formal. Gayakan suspenders bersama seluar labuh berpotongan lurus seperti
palazo atau seluar skinny. Gayakan bersama kameja butang yang mempunyai
potongan yang kemas. Tidak perlu jaket untuk gaya formal, tetapi kasut tumit
tinggi bertutup atau loafers sudah memadai. Untuk memberikan sedikit sentuhan segar
dalam gaya korang, padanan top bercorak adalah pilihan terbaik. Pastikan
suspenders korang tidak bermotif.
Gaya Kasual
Sudah tentunya seluar
jean adalah pilihan terbaik untuk korang. Ada sesetengah potongan seluar yang
kurang sesuai untuk digayakan dengan suspenders. Bentuk tubuh banyak
mempengaruhi kesesuaiannya. Buat pilihan yang tepat. Bagi menyempurnakan gaya,
padanan kasut yang sesuai memainkan peranan yang penting.
Santai
Pilihan potongan seluar
pendek sama ada high waisted atau atau sebaliknya sesuai untuk digayakan
bersama suspenders. Untuk seluar pendek yang mengikut bentuk tubuh, padankan
dengan top longgar manakala bagi seluar pendek yang longgar, top yang mengikut
bentuk tubuh adalah yang terbaik. Jangan bosan untuk cuba suai padan dengan
kasut korang.
Gaya Chic
Untuk lebih feminin dan
chic, gayakan suspenders dengan skirt. Usah saratkan dengan mainan warna, cukup
dengan mainan dua warna sudah mamadai. Kasut leper yang polos atau bercorak
membantu kamu mencapai gaya chic.
That’s all guys. Tu je..
senang kan nak bergaya ni. Tak perlu banyak fikir. Just pandai uruskan diri. Then
you all dah boleh jadi model. Hehehe..
Try taw.! Kalau dah try
nanti, boleh update gambar korang kat syasya dan bagitaw syasya, gaya mana yang
menjadi pilihan korang ok.
Assalamualaikum..
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. (^_^)
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. (^_^)
assalamualaikum saya nak tanya macam mana nak dapat suspenders ni ?? saya suka dengan blog awak :')
ReplyDeletenice entry ��
ReplyDeletethanks.. =)
DeleteTHANKS FOR THE TIPS!!
ReplyDeletepakaian nyh sume beli kat on9 kan .. kalu beli kat kedai ad jual ta ? nak dapatkan kat mane ea kalau lebih mudah.
ReplyDeletewah.. smart juga style mcm ni.. tq sya kerana berkongsi..:)
ReplyDelete