Monday

Tips Pemilihan Beg Tangan

TIPS PEMILIHAN BEG TANGAN
Wah sekejap betul masa berlalu syasya rasa baru semalam 
Syasya baru buat blog ni.. tapi, dah banyak coretan
yang memenuhi blog ni.. hehehe..    
Alhamdullilah syasya bersyukur kerana semua
 ni terhasil atas keizinan Allah swt. syukran..


Hari ini syasya nak tulis tentang beg tangan 
dan juga syasya nak kongsi tips tentang beg tangan
sebab semalam syasya ada terbaca satu aktikel
 kat majalah mengenai beg tangan.
 Ini yang syasya nak kongsi pengetahuan tu kat 
korang semua yang mana tentu ramai yang 
bercadang ingin membeli beg tangan untuk 
kenduri ke, event ke, travel ke, atau ke mane-mane je.  
Beg tangan sememangnya sinonim dengan golongan wanita.
Tidak hairanlah dari remaja hinggalah ke peringkat berusia,
semuanya ingin tampil bergaya menggayakan beg tangan.
Apatah lagi jenamanya pula sering dijadikan 
perbandingan ekoran produknya pastilah lebih berkualiti. 
Namun dalam korang sibuk untuk memilih beg tangan untuk keperluan diri,
pernahkah korang terfikir beg tangan yang bagaimanakah 
sesuai dengan bentuk tubuh korang???

Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa 
beg tangan mampu mempengaruhi penampilan dan gaya korang.
Penting untuk korang ketahui beg tangan yang 
bagaimana patut korang gayakan agar sesuai dengan 
bentuk tubuh korang supaya penampilan diri tidak tenggelam.
Di bawah ini mama sertakan sekali tip 
yang boleh korang jadikan panduan sebelum mengambil keputusan membeli beg tangan.

Rendah dan gempal 
 Sekiranya korang di dalam kategori ini cuba elakkan 
membawa beg tangan yang besar atau tali beg yang panjang.
Biarpun dapat melindungi bentuk tubuh yang gempal 
itu tetapi hakikatnya ia membuatkan penampilan korang lebih pendek.
Paling cantik gayakan beg tangan yang bersaiz kecil 
dan terletak cantik di tubuh untuk tampak lebih tinggi.

Rendah dan kurus
  Bagi yang bertubuh rendah dan kecil mereka ini 
seharusnya mengayakan beg tangan bersaiz kecil atau sederhana
 untuk menyerlahkan diri mereka.  
Sebaiknya elakkan menggunakan beg tangan yang besar
 kerana ia akan membuatkan diri korang seperti budak-budak.
Untuk tampil kelainan golongan ini boleh memilih beg tangan jenis sandang,
ianya nampak lebih unik dan menarik,
tetapi jangan sesekali silangkan tali beg  
pada payu dara kerana ia akan membuat korang nampak seolah-olah berisi. 

Besar bahagian atas
Jika tubuh korang jenis yang berisi atau besar
 pada bahagian atas berbanding bahagian lain,
pilihlah beg tangan bertali pendek supaya korang tidak perlu menyandangnya di bahu,
ini boleh membantu mengimbangi penampilan korang.
Ataupun korang boleh pilih beg tangan bertali panjang 
yang jatuh antara pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya
 dapat menutup sedikit kekurangan pada tubuh

Tinggi dan kurus 
Untung bagi mereka yang kurus dan langsing,
mereka boleh menggayakan hampir keseluruhan jenis beg tangan.
'Clutch',beg sandang dan beg tangan besar sebenarnya 
paling cantik digayakan oleh golongan tinggi lampai ini.
Elakkan menggunakan beg tangan bersaiz kecil
 kerana ia membuatkan korang nampak lebih tinggi dan kurus.
Beg tangan 'Clutch' biasanya digunakan untuk 
majlis makan malam.
Pemilihan beg tangan jenis ini sebenarnya 
memberikan daya tarikan kepada si pemakai.
Pilih yang sedikit besar dan panjang sekiranya
 korang bertubuh besar dan yang kecil molek jika korang bertubuh kecil.
Elakkan mengepit beg tangan genggam di ketiak
 kecuali tubuh badan yang sederhana dan kurus.
Perbuatan ini membuatkan korang nampak lebih gempal.
Sebaiknya genggam beg tangan itu dengan tangan lurus ke bawah.
Jika korang risaukan rupa perut dan pinggang,
bawalah beg tangan itu rapat ke perut dengan bersahaja dan
 penuh anggun secara tidak langsung ia 
boleh menutup dan menyorokkan perut korang itu


Tip pilih beg tangan 
Pastikan kepentingan atau keperluan untuk memakai beg tangan itu.
Setiap beg tangan mempunyai ciri-ciri tertentu,
sama ada untuk ke pejabat,majlis makan malam dan santai.
Contonya beg tangan ke pejabat mestilah daripada bahan yang kuat dan tebal.
Bagi korang yang mempunyai banyak barang,
korang boleh pilih beg tangan jenis berpoket. 
Namun harus diingat perlu penutup yang kuat dan 
selamat supaya beg tangan korang tidak 
menampakkan 'isinya' atau barang tidak tercicir keluar.
Paling penting beg tangan itu dapat diangkat dan dipegang dengan 
selesa supaya penampilan tidak terganggu.
Jangan lupa periksa juga keadaan luar dan dalam beg tangan.
Bahan yang diperbuat daripada jenis nilon,wool,vinyl atau kulit lebih tahan lama.

…PETUA…
   Bila kita membeli beg tangan atau kasut di dalam beg tangan 
atau kotak kasut tu pasti ada diletakkan dengan
 ubat alahan daripada kulat.
Oleh itu ubat itu janganlah dibuang begitu saja kerana 
ubat alahan itulah yang akan menjaga beg tangan atau
 kasut kita itu daripada terkena alahan barangan kulit.....

1 comment: