Friday

Tips Memakai Suspenders

  Tip Memakai
Suspenders..!

Suspenders sangat sinonim dengan fesyen lelaki. Namun tiada pula disebut dalam undang-undang fesyen ia tidak boleh digayakan oleh wanita. Mungkin ada yang kurang selesa hendak menggayakannya. Hehehe.. tak salah di sisi undang-undang lah. So, jom try.!

Gaya Formal





Mudah nak gayakan dengan gaya formal. Gayakan suspenders bersama seluar labuh berpotongan lurus seperti palazo atau seluar skinny. Gayakan bersama kameja butang yang mempunyai potongan yang kemas. Tidak perlu jaket untuk gaya formal, tetapi kasut tumit tinggi bertutup atau loafers sudah memadai. Untuk memberikan sedikit sentuhan segar dalam gaya korang, padanan top bercorak adalah pilihan terbaik. Pastikan suspenders korang tidak bermotif.
 Gaya Kasual






Sudah tentunya seluar jean adalah pilihan terbaik untuk korang. Ada sesetengah potongan seluar yang kurang sesuai untuk digayakan dengan suspenders. Bentuk tubuh banyak mempengaruhi kesesuaiannya. Buat pilihan yang tepat. Bagi menyempurnakan gaya, padanan kasut yang sesuai memainkan peranan yang penting.

Santai



Pilihan potongan seluar pendek sama ada high waisted atau atau sebaliknya sesuai untuk digayakan bersama suspenders. Untuk seluar pendek yang mengikut bentuk tubuh, padankan dengan top longgar manakala bagi seluar pendek yang longgar, top yang mengikut bentuk tubuh adalah yang terbaik. Jangan bosan untuk cuba suai padan dengan kasut korang.

 Gaya Chic



Untuk lebih feminin dan chic, gayakan suspenders dengan skirt. Usah saratkan dengan mainan warna, cukup dengan mainan dua warna sudah mamadai. Kasut leper yang polos atau bercorak membantu kamu mencapai gaya chic.

That’s all guys. Tu je.. senang kan nak bergaya ni. Tak perlu banyak fikir. Just pandai uruskan diri. Then you all dah boleh jadi model. Hehehe..



Try taw.! Kalau dah try nanti, boleh update gambar korang kat syasya dan bagitaw syasya, gaya mana yang menjadi pilihan korang ok.

Assalamualaikum..
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. (^_^)
                                                  

6 comments:

  1. assalamualaikum saya nak tanya macam mana nak dapat suspenders ni ?? saya suka dengan blog awak :')

    ReplyDelete
  2. THANKS FOR THE TIPS!!

    ReplyDelete
  3. pakaian nyh sume beli kat on9 kan .. kalu beli kat kedai ad jual ta ? nak dapatkan kat mane ea kalau lebih mudah.

    ReplyDelete
  4. wah.. smart juga style mcm ni.. tq sya kerana berkongsi..:)

    ReplyDelete