9 Lagi Kegunaan Pengilat
Kuku Selain Untuk Kuku
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Sihat?? Alhamdulillah, syasya sihat. Cuma sejak kebelakangan
ni, terlalu banyak assignment,kuiz, tutorial, midterm dan sebagainya sedang
mengejar syasya dan kawan-kawan yang lain. Insyaallah, syasya akan cuba yang
terbaik untuk menyiapkan semua assignment dan sebagainya dengan keyakinan yang
penuh kesabaran. Sebelum ni, syasya ada bincang tentang tajuk item fesyen
popular setiap 10tahun, kemana halatuju baju lama dan tips untuk memaksimakan
ruang almari baju. Hari ni, syasya nak bincangkan suatu topic yang menarik.
Boleh dikatakan, topik ni ‘out of the box’ larr.. ia cuma tambahan bagi
pengetahuan korang. Tu je. item yang syasya pilih hari ni ialah pengilat
kuku..!
Pengilat kuku atau nail polish sangat sinonim
penggunaannya untuk menata rias kuku mengikut warna serta fesyen yang kita
kehendaki. Apa lagi kegunaan lain yang boleh korang manfaatkan dari hanya
sebotol pengilat kuku selain dicalitkan ke kuku? Jangan fikir, pengilat kuku
hanya boleh kilatkan kuku… Padahal, banyak lagi kegunaannya yang boleh
diaplikasikan… Jom kita tgk idea-idea lain bagi penggunaan pengilat kuku..
1. Label Pada Botol
Pengilat kuku ni,
ada banyak kegunaan rupanya.. ouh I see.. ingatkan boleh kilatkan kuku je. jika
kita berfikiran out of the box, kita boleh hasilkan macam-macam. So, the first
one is, pengilat kuku boleh menghalang label pada botol shampu atau apa saja
botol yang kamu labelkan dari pudar. Bukan saja menghalang botol itu dari
pudar. Malah, pengilat kuku boleh mancantikkan lagi botol itu.

2. Pelekat Sampul Surat
Pengilat kuku
boleh digunakan untuk lekatkan sampul surat. Senangkan?? Selalunya, kalau dah
remaja atau orang yang dah bekerja, jarang nak beli alat-alat tulis ni.
Kadang-kadang, gincu pun boleh jadi pen. Betul tak?? Hehehe..kebanyakkan wanita
yang bekerja lebih tercenderung untuk membeli alat solek. So, korang boleh
gunakan pengilat kuku untuk jadikan pelekat sampul surat. Cer try.. ada
sesetengan orang, dia akan berasa rimas dengan cecair lebihan gam tiap kali
ingin menutup sampul surat tu. So, korang boleh gunakan pengilat kuku tanpa
warna sebagai ganti.
3. Memasukkan Benang
Boleh makan masa
yang lama walau sekadar untuk memasukkan benang kedalam jarum sahaja! Celupkan
hujung benang pada pengilat kuku tanpa warna, biarkan seketika. Hujung benang
akan mengeras dan memudahkan untuk dimasukkan kedalam jarum.
4. Memelihara Aksesori
Sapuan pengilat
kuku tanpa warna boleh melambatkan proses pengaratan pada aksesori fesyen kamu.
Salah satu cara untuk memelihara aksesori dari pudar warnanya.
5. Mematikan Hujung Benang
Bagi tukang jahit
Malaysia, hahaha.. sampai begitu haa.. ehhh..! over pulak. Ehhmm.. syasya nak
bagitahu kat tailors yang ada.. kalau malas nak matikan hujung benang dengan
api, korang boleh gunakan pengilat kuku. Ada tailors yang takut bermain api.
Mane lah tahu, malang kan tidak berbau. Tiba-tiba, kecuaian datang dan terbakar
pulak.. kan dah jadi risiko tu. So, kita gunakan cara yang lebih selamat. Tak
perlu lagi bakar hujung benang yang terkeluar pada pakaian. Matikan benang yang
berlebihan dengan pengilat kuku tanpa warna. Benang tidak akan mudah tertarik.
6. Mengetatkan Skru
Selain dari
plaster putih yang digunakan untuk mengetatkan skru kamu juga boleh menyapu
pengilat kuku pada lingkaran skru dan dibiarkan seketika. Ia boleh membantu
untuk mengetatkan skru dalam masa terdesak.
7. Kod Warna Pada Barang
Gunakan pengilat
kuku yang berbeza warnanya untuk menandakan barang-barang kamu. Contohnya
seperti kunci rumah. Berikan kod warna untuk setiap kunci yang berbeza supaya
kamu tidak tersalah mengambil kunci untuk membuka pintu pagar!
8. Tanda Aras / Pengukur
Pengilat kuku juga
boleh digunakan sebagai tanda pada bekas minuman atau botol lutsinar.
Memudahkan kamu untuk mengisi cecair dengan tidak melebihi sukatan yang
sepatutnya.
9. Elak Pengaratan Pada
Botol Metal
The last one is,
pengilat kuku ni boleh elakkan botol-botol yang diperbuat dari bahan logam,
berkarat. Sapukan pengilat kuku pada keliling botol tersebut. So, korang boleh
simpan lama, tanpa karat. Botol-botol ni kerap karat jika kita simpan di tandas
ke, atau sinki dapur. So, just prepared je lar. Takut botol-botol tu cepat
karat kan.. applykan je pengilat kuku kat botol tu.
FYI, karat ni, boleh bagi
banyak effect yang tidak bagus untuk tubuh badan kita. So, kalau boleh elakkan,
lagi bagus kan. LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MERAWAT. So, sampai sini je lah
syasya tulis yer.. malam semakin malap.. suasana semakin sejuk.. tiba-tiba
dapat announcement dari kati dan bantal suruh tido cepat..! dah pukul 3pagi~
good early morning..
Sekian, selamat
membaca. =)
bagus tips yang awak bagi saya sangat berminat :') saya harap teruskan membuat tips kecantikkan :')
ReplyDeleteada yang pengilat kuku baunya buat orang pening kepala .. tapi macam mane nak pilih pengilat kuku yang baunya tidak kuat ? ada tips ta ?
ReplyDelete