TIPS PEMILIHAN BEG TANGAN
Wah sekejap betul masa berlalu syasya rasa baru semalam
Syasya baru buat blog ni.. tapi, dah banyak coretan
yang memenuhi blog ni.. hehehe..
yang memenuhi blog ni.. hehehe..
Alhamdullilah syasya bersyukur kerana semua
ni terhasil atas keizinan Allah swt. syukran..
ni terhasil atas keizinan Allah swt. syukran..
Hari ini syasya nak tulis tentang beg tangan
dan juga syasya nak kongsi tips tentang beg tangan
sebab semalam syasya ada terbaca satu aktikel
kat majalah mengenai beg tangan.
Ini yang syasya nak kongsi pengetahuan tu kat
korang semua yang mana tentu ramai yang
bercadang ingin membeli beg tangan untuk
kenduri ke, event ke, travel ke, atau ke mane-mane je.
Beg tangan sememangnya sinonim dengan golongan wanita.
Tidak hairanlah dari remaja hinggalah ke peringkat berusia,
semuanya ingin tampil bergaya menggayakan beg tangan.
Apatah lagi jenamanya pula sering dijadikan
perbandingan ekoran produknya pastilah lebih berkualiti.
Namun dalam korang sibuk untuk memilih beg tangan untuk keperluan
diri,
pernahkah korang terfikir beg tangan yang bagaimanakah
sesuai dengan bentuk tubuh korang???
Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa
beg tangan mampu mempengaruhi penampilan dan gaya korang.
Penting untuk korang ketahui beg tangan yang
bagaimana patut korang gayakan agar sesuai dengan
bentuk tubuh korang supaya penampilan diri tidak tenggelam.
Di bawah ini mama sertakan sekali tip
yang boleh korang jadikan panduan sebelum mengambil keputusan
membeli beg tangan.
Rendah dan gempal
Sekiranya korang di
dalam kategori ini cuba elakkan
membawa beg tangan yang besar atau tali beg yang panjang.
Biarpun dapat melindungi bentuk tubuh yang gempal
itu tetapi hakikatnya ia membuatkan penampilan korang lebih pendek.
Paling cantik gayakan beg tangan yang bersaiz kecil
dan terletak cantik di tubuh untuk tampak lebih tinggi.
Rendah dan kurus
Bagi yang bertubuh rendah dan kecil mereka ini
seharusnya mengayakan beg tangan bersaiz kecil atau sederhana
untuk menyerlahkan diri mereka.
Sebaiknya elakkan menggunakan beg tangan yang besar
kerana ia akan membuatkan diri korang seperti budak-budak.
Untuk tampil kelainan golongan ini boleh memilih beg tangan jenis
sandang,
ianya nampak lebih unik dan menarik,
tetapi jangan sesekali silangkan tali beg
pada payu dara kerana ia akan membuat korang nampak seolah-olah
berisi.
Besar bahagian atas
Jika tubuh korang jenis yang berisi atau besar
pada bahagian atas berbanding bahagian lain,
pilihlah beg tangan bertali pendek supaya korang tidak perlu
menyandangnya di bahu,
ini boleh membantu mengimbangi penampilan korang.
Ataupun korang boleh pilih beg tangan bertali panjang
yang jatuh antara pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya
dapat menutup sedikit kekurangan pada tubuh
Tinggi dan kurus
Untung bagi mereka yang kurus dan langsing,
mereka boleh menggayakan hampir keseluruhan jenis beg tangan.
'Clutch',beg sandang dan beg tangan besar sebenarnya
paling cantik digayakan oleh golongan tinggi lampai ini.
Elakkan menggunakan beg tangan bersaiz kecil
kerana ia membuatkan korang nampak lebih tinggi dan kurus.
Beg tangan 'Clutch' biasanya digunakan untuk
majlis makan malam.
Pemilihan beg tangan jenis ini sebenarnya
memberikan daya tarikan kepada si pemakai.
Pilih yang sedikit besar dan panjang sekiranya
korang bertubuh besar dan yang kecil molek jika korang
bertubuh kecil.
Elakkan mengepit beg tangan genggam di ketiak
kecuali tubuh badan yang sederhana dan kurus.
Perbuatan ini membuatkan korang nampak lebih gempal.
Sebaiknya genggam beg tangan itu dengan tangan lurus ke bawah.
Jika korang risaukan rupa perut dan pinggang,
bawalah beg tangan itu rapat ke perut dengan bersahaja dan
penuh anggun secara tidak langsung ia
boleh menutup dan menyorokkan perut korang itu
Tip pilih beg tangan
Pastikan kepentingan atau keperluan untuk memakai beg tangan itu.
Setiap beg tangan mempunyai ciri-ciri tertentu,
sama ada untuk ke pejabat,majlis makan malam dan santai.
Contonya beg tangan ke pejabat mestilah daripada bahan yang kuat
dan tebal.
Bagi korang yang mempunyai banyak barang,
korang boleh pilih beg tangan jenis berpoket.
Namun harus diingat perlu penutup yang kuat dan
selamat supaya beg tangan korang tidak
menampakkan 'isinya' atau barang tidak tercicir keluar.
Paling penting beg tangan itu dapat diangkat dan dipegang
dengan
selesa supaya penampilan tidak terganggu.
Jangan lupa periksa juga keadaan luar dan dalam beg tangan.
Bahan yang diperbuat daripada jenis nilon,wool,vinyl atau kulit
lebih tahan lama.
…PETUA…
Bila kita membeli
beg tangan atau kasut di dalam beg tangan
atau kotak kasut tu pasti ada diletakkan dengan
ubat alahan daripada kulat.
Oleh itu ubat itu janganlah dibuang begitu saja kerana
ubat alahan itulah yang akan menjaga beg tangan atau
kasut kita itu daripada terkena alahan barangan kulit.....
bag tangan kalo lelaki pakai sesuai tak ??
ReplyDelete