Saturday

Tips Memaksimakan Penggunaan Ruang Dalam Almari

Tip Memaksimakan Penggunaan Ruang Dalam Almari Baju

Perkara normal yang terjadi pada setiap wanita ialah, almari baju takkan pernah muat untuk menyimpan kesemua pakaian! Mana tidaknya, setiap bulan ada sahaja baju baru yang dibeli sampaikan tiada lagi ruang menyimpannya.Jom berkongsi tips untuk memaksimakan penggunaan ruang dalam almari baju korang.


Bagi kaum hawa.. oppss.. kaum wanita lah.. Kebanyakan wanita yang bertudung, pasti menginginkan koleksi tudung yang pelbagai corak dan pilihan warna kan?? So, mesti banyak tudung yang bersepah-sepah kat dalam almari tu. Isshh.. tak elok lah dipandang orang. Tapi, nak buat macam mana? Ruang almari tidak mencukupi kan? So, ramai yang sepuk je kat dalam almari tu. Better korang try tips ni. Gunakan gelung langsir bilik mandi yang lama dan latakkan pada penyangkut baju. Then, korang dah boleh gantung skarf dan tudung yang memenuhi almari tu. Lelaki pun boleh buat juga. Bagi lelaki yang bekerja, pelajar atau yang suka berfesyen.. korang boleh gantung tali leher kat gelung langsir ni. So, tali leher korang kurang berkedut, lebih kemas dan sekaligus dapat memaksimakan penggunaan ruang dalam almari…


 Mesti pelik kan, bila tengok gambar kat atas tu. Ehh..! Jangan pelik. Itu suatu yang baru. Tab tin minuman yang selalu kita kopak-kopak tu, banyak kegunaannya. Bukan sekadar pemegang straw ketika kita sedang menikmati minuman tin tersebut. Tetapi, tab tin minuman itu juga boleh digunakan sebagai penambahan bagi penyangkut baju. Pelik kan?? Tapi, betul lah. Syasya dah try. And it was amazing.! So, make sure korang try.. ok..

 Bagi memudahkan supaya untuk mencari stoking atau apa sahaja helaian yang nipis dan kecil, gulung dan susun kedalam gelung paip PVC yang dipotong sama rata.


 Maksimakan penggunaan ruang almari baju dengan menambah tempat penyangkut pada pintu almari. Selain itu, korang boleh juga lekatkan penyepit baju pada pintu almari supaya mudahah untuk menyangkut helaian yang nipis seperti legging dan sebagainya.


 Lipat baju kemas-kemas..! Dengan memastikan corak pakaian mudah dinampak.. Hal ini akan memudahkan kita untuk memilih baju. Contohnya, kita dalam keadaan tergesa-gesa dan dan tidak sempat memilih baju dari awal lagi. Jika cara kita lipat baju boleh menampakkan corak baju tersebut, bukankah ia telah memudahkan kita untuk memilih baju dengan pantas.. tak gitu?? Hehe.. Other than that, habit ini juga akan membantu kita untuk tidak lupa akan pakaian yang kita ada. So, it will be easier for us to buy a new one.



1 comment:

  1. woaaa kreatifnya awak bagi saya tips nak kemaskan almari saya :")

    ReplyDelete