Friday

Tips Memakai Suspenders

  Tip Memakai
Suspenders..!

Suspenders sangat sinonim dengan fesyen lelaki. Namun tiada pula disebut dalam undang-undang fesyen ia tidak boleh digayakan oleh wanita. Mungkin ada yang kurang selesa hendak menggayakannya. Hehehe.. tak salah di sisi undang-undang lah. So, jom try.!

Gaya Formal





Mudah nak gayakan dengan gaya formal. Gayakan suspenders bersama seluar labuh berpotongan lurus seperti palazo atau seluar skinny. Gayakan bersama kameja butang yang mempunyai potongan yang kemas. Tidak perlu jaket untuk gaya formal, tetapi kasut tumit tinggi bertutup atau loafers sudah memadai. Untuk memberikan sedikit sentuhan segar dalam gaya korang, padanan top bercorak adalah pilihan terbaik. Pastikan suspenders korang tidak bermotif.
 Gaya Kasual






Sudah tentunya seluar jean adalah pilihan terbaik untuk korang. Ada sesetengah potongan seluar yang kurang sesuai untuk digayakan dengan suspenders. Bentuk tubuh banyak mempengaruhi kesesuaiannya. Buat pilihan yang tepat. Bagi menyempurnakan gaya, padanan kasut yang sesuai memainkan peranan yang penting.

Santai



Pilihan potongan seluar pendek sama ada high waisted atau atau sebaliknya sesuai untuk digayakan bersama suspenders. Untuk seluar pendek yang mengikut bentuk tubuh, padankan dengan top longgar manakala bagi seluar pendek yang longgar, top yang mengikut bentuk tubuh adalah yang terbaik. Jangan bosan untuk cuba suai padan dengan kasut korang.

 Gaya Chic



Untuk lebih feminin dan chic, gayakan suspenders dengan skirt. Usah saratkan dengan mainan warna, cukup dengan mainan dua warna sudah mamadai. Kasut leper yang polos atau bercorak membantu kamu mencapai gaya chic.

That’s all guys. Tu je.. senang kan nak bergaya ni. Tak perlu banyak fikir. Just pandai uruskan diri. Then you all dah boleh jadi model. Hehehe..



Try taw.! Kalau dah try nanti, boleh update gambar korang kat syasya dan bagitaw syasya, gaya mana yang menjadi pilihan korang ok.

Assalamualaikum..
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. (^_^)
                                                  

Tips Pakai Seluar Kembang Mengikut Bentuk Badan

Tips pemakaian seluar kembang
mengikut bentuk badan
Assalamualaikum. hello semua… Korang sihat? Syasya,
Alhamdulillah sihat. Eh, korang ade dengar tak tentang masa
membasahi negeri tu. Melaka adalah salah satu negeri yang mengalami masalah itu.
So, sama-sama lah kita berdoa agar hujan akan membanjiri
negeri-negeri yang bermasalah. Bukan syasya doa,
supaya hujan sampai banjir. At least, ada hujan yang turun kat Melaka ni..
Tu je. jangan salah faham pulak. Hehehe..

Ok, come kita story tips berfesyen yang syasya nak discuss
hari ni, iaitu tentang ‘tips pemakaian seluar kembang mengikut bentuk badan’.
 Fesyen seluar kembang atau flare pants mula menjadi item fesyen kegemaran
setiap orang selepas skinny jeans. Wide Leg, Palazzo, Bell Bottoms,
Bootcut, dan Trouser Pants antara jenis seluar kembang yang menjadi kegilaan
 hari ini selepas puas dengan seluar potongan tirus (skinny jeans). Memilih
potongan seluar yang bersesuaian dengan bentuk badan sangat
penting supaya kamu tidak kelihatan pelik pabila keluar.

Bentuk Buah Pear

Elak dari mengenakan seluar berpinggang tinggi dan hati-hati
dengan poket yang sarat perincian. Idea seluar kembang buat yang
berbadan pear adalah untuk menampakkan susuk yang sedikit kurus
dan menyeimbangkan bentuk badan dari atas ke bawah. Seluar yang tirus
sampai paras lutut dan sedikit kembang dari lutut ke bawah adalah pilihan tepat.



Cadangan seluar: Bootcut dan Trouser Pants

Bentuk Buah Epal

Perempuan yang bentuknya seperti buah epal biasanya
mempunyai kaki dan pinggul yang besar. Jadi seluar yang ketat sangat
 tidak sesuai. Pemilihan seluar yang mempunyai poket di bahagian depan
 dan belakang mampu menyembunyikan bentuk tubuh yang bulat.




Cadangan seluar: Wide Leg, Palazzo dan Bell Bottoms.

Bentuk Bulat

Mereka yang bertubuh bulat kebanyakannya mempunyai perut
 dan dada yang besar. Sama seperti yang bertubuh pear, seluar
yang berpotongan klasik mampu menyeimbangkan bentuk badan dari
atas ke bawah. Bagi memperlihatkan bentuk tubuh kamu tinggi, pastikan
 pinggang seluar berada betul-betul di bahagian pusat.



Cadangan seluar: Bootcut, dan Trouser Pants.

Kurus / Petak

Setiap pereka fesyen cenderung memilih model
berbadan kurus atau petak kerana ia mampu menonjolkan setiap
perincian dalam sesebuah rekaan itu. Bagi yang mempunyai bentuk badan
seperti ini, bebas menggayakan sebarang jenis seluar tanpa
sebarang masalah. Bagaimanapun, bagi yang bertubuh kurus atau pendek,
elakkan dari memakai seluar yang mencengkam kaki kerana ia membuatkan
korang nampak lebih pendek dan kecil. Seluar kembang dan kasut tumit tinggi
paling sesuai untuk menampakkan korang tu lebih tinggi.




Cadangan: Wide leg, Palazzo, Bellbottoms, Bootcut dan Trouser pants

                                                                                                  

Bentuk Jam Masa

Seluar kembang paling sesuai untuk mereka yang bertubuh
seperti Kim Kardashian iaitu mempunyai dada serta pinggul
yang besar dan pinggang yang kurus. Penambahan tali pinggang yang
 menonjol di bahagian pinggang mampu menyerlahkan
keseluruhan bentuk badan korang.



Cadangan seluar: Bell Bottoms

Just try to match yourself dengan trend yang sesuai just make
it simple and comfortable with yourself. Apabila kita memakai pakaian yang kita sendiri kurang selesa, ia akan membuatkan orang pun tak selesa melihat apa yang kita pakai.

Sekian,
 assalamualaikum.
kalau tak jawab, dosa. Kalau jawab, sayang… (^-^)

Tuesday

9 Penggunaan Pengilat Kuku

9 Lagi Kegunaan Pengilat
 Kuku Selain Untuk Kuku

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sihat?? Alhamdulillah, syasya sihat. Cuma sejak kebelakangan ni, terlalu banyak assignment,kuiz, tutorial, midterm dan sebagainya sedang mengejar syasya dan kawan-kawan yang lain. Insyaallah, syasya akan cuba yang terbaik untuk menyiapkan semua assignment dan sebagainya dengan keyakinan yang penuh kesabaran. Sebelum ni, syasya ada bincang tentang tajuk item fesyen popular setiap 10tahun, kemana halatuju baju lama dan tips untuk memaksimakan ruang almari baju. Hari ni, syasya nak bincangkan suatu topic yang menarik. Boleh dikatakan, topik ni ‘out of the box’ larr.. ia cuma tambahan bagi pengetahuan korang. Tu je. item yang syasya pilih hari ni ialah pengilat kuku..!
 Pengilat kuku atau nail polish sangat sinonim penggunaannya untuk menata rias kuku mengikut warna serta fesyen yang kita kehendaki. Apa lagi kegunaan lain yang boleh korang manfaatkan dari hanya sebotol pengilat kuku selain dicalitkan ke kuku? Jangan fikir, pengilat kuku hanya boleh kilatkan kuku… Padahal, banyak lagi kegunaannya yang boleh diaplikasikan… Jom kita tgk idea-idea lain bagi penggunaan pengilat kuku..

1. Label Pada Botol
Pengilat kuku ni, ada banyak kegunaan rupanya.. ouh I see.. ingatkan boleh kilatkan kuku je. jika kita berfikiran out of the box, kita boleh hasilkan macam-macam. So, the first one is, pengilat kuku boleh menghalang label pada botol shampu atau apa saja botol yang kamu labelkan dari pudar. Bukan saja menghalang botol itu dari pudar. Malah, pengilat kuku boleh mancantikkan lagi botol itu.

 


2. Pelekat Sampul Surat
Pengilat kuku boleh digunakan untuk lekatkan sampul surat. Senangkan?? Selalunya, kalau dah remaja atau orang yang dah bekerja, jarang nak beli alat-alat tulis ni. Kadang-kadang, gincu pun boleh jadi pen. Betul tak?? Hehehe..kebanyakkan wanita yang bekerja lebih tercenderung untuk membeli alat solek. So, korang boleh gunakan pengilat kuku untuk jadikan pelekat sampul surat. Cer try.. ada sesetengan orang, dia akan berasa rimas dengan cecair lebihan gam tiap kali ingin menutup sampul surat tu. So, korang boleh gunakan pengilat kuku tanpa warna sebagai ganti.

3. Memasukkan Benang
Boleh makan masa yang lama walau sekadar untuk memasukkan benang kedalam jarum sahaja! Celupkan hujung benang pada pengilat kuku tanpa warna, biarkan seketika. Hujung benang akan mengeras dan memudahkan untuk dimasukkan kedalam jarum.

4. Memelihara Aksesori
Sapuan pengilat kuku tanpa warna boleh melambatkan proses pengaratan pada aksesori fesyen kamu. Salah satu cara untuk memelihara aksesori dari pudar warnanya.



5. Mematikan Hujung Benang
Bagi tukang jahit Malaysia, hahaha.. sampai begitu haa.. ehhh..! over pulak. Ehhmm.. syasya nak bagitahu kat tailors yang ada.. kalau malas nak matikan hujung benang dengan api, korang boleh gunakan pengilat kuku. Ada tailors yang takut bermain api. Mane lah tahu, malang kan tidak berbau. Tiba-tiba, kecuaian datang dan terbakar pulak.. kan dah jadi risiko tu. So, kita gunakan cara yang lebih selamat. Tak perlu lagi bakar hujung benang yang terkeluar pada pakaian. Matikan benang yang berlebihan dengan pengilat kuku tanpa warna. Benang tidak akan mudah tertarik.

6. Mengetatkan Skru
Selain dari plaster putih yang digunakan untuk mengetatkan skru kamu juga boleh menyapu pengilat kuku pada lingkaran skru dan dibiarkan seketika. Ia boleh membantu untuk mengetatkan skru dalam masa terdesak.



7. Kod Warna Pada Barang
Gunakan pengilat kuku yang berbeza warnanya untuk menandakan barang-barang kamu. Contohnya seperti kunci rumah. Berikan kod warna untuk setiap kunci yang berbeza supaya kamu tidak tersalah mengambil kunci untuk membuka pintu pagar!


8. Tanda Aras / Pengukur
Pengilat kuku juga boleh digunakan sebagai tanda pada bekas minuman atau botol lutsinar. Memudahkan kamu untuk mengisi cecair dengan tidak melebihi sukatan yang sepatutnya.



9. Elak Pengaratan Pada Botol Metal
The last one is, pengilat kuku ni boleh elakkan botol-botol yang diperbuat dari bahan logam, berkarat. Sapukan pengilat kuku pada keliling botol tersebut. So, korang boleh simpan lama, tanpa karat. Botol-botol ni kerap karat jika kita simpan di tandas ke, atau sinki dapur. So, just prepared je lar. Takut botol-botol tu cepat karat kan.. applykan je pengilat kuku kat botol tu. 


FYI, karat ni, boleh bagi banyak effect yang tidak bagus untuk tubuh badan kita. So, kalau boleh elakkan, lagi bagus kan. LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MERAWAT. So, sampai sini je lah syasya tulis yer.. malam semakin malap.. suasana semakin sejuk.. tiba-tiba dapat announcement dari kati dan bantal suruh tido cepat..! dah pukul 3pagi~ good early morning..
Sekian, selamat membaca. =)

Monday

Tips Pemilihan Beg Tangan

TIPS PEMILIHAN BEG TANGAN
Wah sekejap betul masa berlalu syasya rasa baru semalam 
Syasya baru buat blog ni.. tapi, dah banyak coretan
yang memenuhi blog ni.. hehehe..    
Alhamdullilah syasya bersyukur kerana semua
 ni terhasil atas keizinan Allah swt. syukran..


Hari ini syasya nak tulis tentang beg tangan 
dan juga syasya nak kongsi tips tentang beg tangan
sebab semalam syasya ada terbaca satu aktikel
 kat majalah mengenai beg tangan.
 Ini yang syasya nak kongsi pengetahuan tu kat 
korang semua yang mana tentu ramai yang 
bercadang ingin membeli beg tangan untuk 
kenduri ke, event ke, travel ke, atau ke mane-mane je.  
Beg tangan sememangnya sinonim dengan golongan wanita.
Tidak hairanlah dari remaja hinggalah ke peringkat berusia,
semuanya ingin tampil bergaya menggayakan beg tangan.
Apatah lagi jenamanya pula sering dijadikan 
perbandingan ekoran produknya pastilah lebih berkualiti. 
Namun dalam korang sibuk untuk memilih beg tangan untuk keperluan diri,
pernahkah korang terfikir beg tangan yang bagaimanakah 
sesuai dengan bentuk tubuh korang???

Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa 
beg tangan mampu mempengaruhi penampilan dan gaya korang.
Penting untuk korang ketahui beg tangan yang 
bagaimana patut korang gayakan agar sesuai dengan 
bentuk tubuh korang supaya penampilan diri tidak tenggelam.
Di bawah ini mama sertakan sekali tip 
yang boleh korang jadikan panduan sebelum mengambil keputusan membeli beg tangan.

Rendah dan gempal 
 Sekiranya korang di dalam kategori ini cuba elakkan 
membawa beg tangan yang besar atau tali beg yang panjang.
Biarpun dapat melindungi bentuk tubuh yang gempal 
itu tetapi hakikatnya ia membuatkan penampilan korang lebih pendek.
Paling cantik gayakan beg tangan yang bersaiz kecil 
dan terletak cantik di tubuh untuk tampak lebih tinggi.

Rendah dan kurus
  Bagi yang bertubuh rendah dan kecil mereka ini 
seharusnya mengayakan beg tangan bersaiz kecil atau sederhana
 untuk menyerlahkan diri mereka.  
Sebaiknya elakkan menggunakan beg tangan yang besar
 kerana ia akan membuatkan diri korang seperti budak-budak.
Untuk tampil kelainan golongan ini boleh memilih beg tangan jenis sandang,
ianya nampak lebih unik dan menarik,
tetapi jangan sesekali silangkan tali beg  
pada payu dara kerana ia akan membuat korang nampak seolah-olah berisi. 

Besar bahagian atas
Jika tubuh korang jenis yang berisi atau besar
 pada bahagian atas berbanding bahagian lain,
pilihlah beg tangan bertali pendek supaya korang tidak perlu menyandangnya di bahu,
ini boleh membantu mengimbangi penampilan korang.
Ataupun korang boleh pilih beg tangan bertali panjang 
yang jatuh antara pinggang dan pinggul sekurang-kurangnya
 dapat menutup sedikit kekurangan pada tubuh

Tinggi dan kurus 
Untung bagi mereka yang kurus dan langsing,
mereka boleh menggayakan hampir keseluruhan jenis beg tangan.
'Clutch',beg sandang dan beg tangan besar sebenarnya 
paling cantik digayakan oleh golongan tinggi lampai ini.
Elakkan menggunakan beg tangan bersaiz kecil
 kerana ia membuatkan korang nampak lebih tinggi dan kurus.
Beg tangan 'Clutch' biasanya digunakan untuk 
majlis makan malam.
Pemilihan beg tangan jenis ini sebenarnya 
memberikan daya tarikan kepada si pemakai.
Pilih yang sedikit besar dan panjang sekiranya
 korang bertubuh besar dan yang kecil molek jika korang bertubuh kecil.
Elakkan mengepit beg tangan genggam di ketiak
 kecuali tubuh badan yang sederhana dan kurus.
Perbuatan ini membuatkan korang nampak lebih gempal.
Sebaiknya genggam beg tangan itu dengan tangan lurus ke bawah.
Jika korang risaukan rupa perut dan pinggang,
bawalah beg tangan itu rapat ke perut dengan bersahaja dan
 penuh anggun secara tidak langsung ia 
boleh menutup dan menyorokkan perut korang itu


Tip pilih beg tangan 
Pastikan kepentingan atau keperluan untuk memakai beg tangan itu.
Setiap beg tangan mempunyai ciri-ciri tertentu,
sama ada untuk ke pejabat,majlis makan malam dan santai.
Contonya beg tangan ke pejabat mestilah daripada bahan yang kuat dan tebal.
Bagi korang yang mempunyai banyak barang,
korang boleh pilih beg tangan jenis berpoket. 
Namun harus diingat perlu penutup yang kuat dan 
selamat supaya beg tangan korang tidak 
menampakkan 'isinya' atau barang tidak tercicir keluar.
Paling penting beg tangan itu dapat diangkat dan dipegang dengan 
selesa supaya penampilan tidak terganggu.
Jangan lupa periksa juga keadaan luar dan dalam beg tangan.
Bahan yang diperbuat daripada jenis nilon,wool,vinyl atau kulit lebih tahan lama.

…PETUA…
   Bila kita membeli beg tangan atau kasut di dalam beg tangan 
atau kotak kasut tu pasti ada diletakkan dengan
 ubat alahan daripada kulat.
Oleh itu ubat itu janganlah dibuang begitu saja kerana 
ubat alahan itulah yang akan menjaga beg tangan atau
 kasut kita itu daripada terkena alahan barangan kulit.....