Friday

Finally, My Plan

assalamualaikum semua. selamat malam.. eh, jap2. Waktu Malaysia menunjukkan tepat jam 3pagi.. ding dong.. Semua orang dah tido lah. Selamat awal pagi. hehe. Finally, syasya dah sampai penang. Happy sangat, dapat jumpa keluarga tersayang.

Ehhh..! berbalik kepada topik asal. Syasya keliru nak pilih topik blog. Sir Shahrul bagi terlalu banyak pilihan. Maka dengan itu, syasya jadi rambang mata, rambang pilihan dengan semua pilihan lah. Hmm.. Masa kat Taman Kelisa, Kuala Linggi (kediaman KUIM tersayang) syasya plan nak buat tentang fesyen muslimah. bila dah explore about fesyen. Rupanya fesyen mempunyai skop yang sangat luas. kalau nak buat fesyen muslimah, takut tersalah pernyataan plak. takut nanti terkeluar fatwa lah.. apa lah.. and bla.. bla.. bla..

  hari khamis ptg, 16Jan. Syasya try call my bff dari penang and ask her opinion. For her, she ask me to choose technology. Hmm, syasya pun fikir sejenak. mungkin betul cakap dia. Dunia kini maju disebabkan kecanggihan teknologi. So, dia cadangkan untuk cerita tentang maglev train. Maglev train ni mcm LRT arr.. tapi mcm kurang interesting. Boleh buat topik blog jgak. Tapi mungkin akan kurang idea dan pengisian dalam blog. Syasya explain sikit lah..

  Kereta api Maglev ni, (magnetic levitation, pengapungan magnetik) ialah satu bentuk sistem pengangkutan yang menggunakan daya elektromagnet. Daya tersebut digunakan untuk mengapung, memandu dan memacu kenderaan (khususnya kereta api).
Kaedah ini lebih laju dan senyap berbanding sistem-sistem pengangkutan awam beroda yang lain dan berupaya mencapai kelajuan yang setanding dengan turboprop dan pesawat jet (900km/j atau 600 batu sejam). Istilah maglev merujuk bukan sahaja kepada kenderaan, tetapi juga kepada seluruh sistemnya, termasuk landasannya, yang direka bentuk khusus untuk pengapungan dan perejangan.
Kelajuan tertinggi yang pernah direkodkan oleh sesebuah kereta api maglev ialah 581 km/j (361 batu sejam) yang dicapai di Jepun pada tahun 2003, iaitu 6 km/j lebih laju daripada rekod kelajuan kereta api TGV konvensional.


Cantikkan?? hmm.. so, hari ni, 18Jan. mula explore about fesyen lagi. Tm wifi kat rumah penang ni, laju je. Kalah lajunya dengan maglev train. hahah.. Tiba-tiba tercetus pelbagai idea yang menarik untuk dipaparkan dalam tips untuk berfesyen. Apabila wifi+minda+mata+tangan(typing) bergabung, semangat nak buat assingment sir shahrul pun membuak-buak.. haha..


  Hopefully, Sir akan approve idea ni. macam tak relevant kan?? Its ok, tgk ape yang akan sir komen nanti. oklah, sampai sini je syasya tulis.


***  tips untuk makan kismis cara yg betul ialah makan 21biji sehari. Jangan kunyah kismis
        tersebut. kemam di dalam mulut sehingga ia tiada rasa (hingga jadi hampas).. insyaallah boleh
        mengatasi sifat lupa dan memudahkan untuk mengingati sesuatu.

sekian, terima kasih.
assalamualaikum.  :-)

Sunday

it's great.!

Assalamualaikum semua. Hari ni, hari pertama syasya menulis blog. Boleh bantu syasya untuk explore lebih mendalam : how to make my blog look interesting???